SEMOGA ALLLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH AYAHANDA & BONDA YANG KURINDU SELALU......AL-FATIHAH

TIPS HANDPHONE

*PIHAK KAMI SEDANG MENGUMPUL MAKLUMAT TIPS HP MELALUI RUJUKAN DI INTERNET DAN MEMERLUKAN SUMBANGAN IKHLAS INDIVIDU YANG BERMINAT UNTUK DIPAPARKAN DI SINI....(kepada yang berminat memberi sumbangan sila hantar ke e-mail jarimental@yahoo.com.my untuk dipaparkan di sini)......JUTAAN TERIMA KASIH....

Virus MMS yang menggemparkan

Nampaknya dari sehari kesehari ancaman virus tidak sekadar membimbangkan pengguna PC tetapi juga pengguna telefon mudah alih. Ini adalah kerana terdapat tanda-tanda bahawa semakin banyak virus disebarkan didalam rangkaian komunikasi. Yang terkini ialah virus yang disebarkan menerusi perkhidmatan MMS yang dikenali sebagai Commwarrior. Virus ini dikatakan lebih berbahaya jika dibandingkan dengan virus sebelum ini iaitu Cabir.

Apa sebenarnya Commwarrior ini?
Nama saintifik virus ini ialah Commwarrior.A. Virus ini dipercayai berasal dari negara Rusia.
Tanda-tanda tentang kemunculan virus ini telah pun dikenalpasti semenjak dari bulan Januari yang lalu dalam satu forum diskusi Serbia. Ahli forum berkenaan telah memberi amaran tentang kemunculan virus ini yang dikatakan mampu merebak secara meluas menerusi telefon mudah alih yeng menggunakan sistem operasi Symbian series 60.
Virus ini dianggap lebih berbahaya dari Cabir kerana ia boleh disebarkan menerusi perkhidmatan MMS dan juga Bluetooth berbanding Cabir yang hanya boleh disebarkan jika pengguna mengaktifkan sambungan Bluetooth.
Sama seperti Cabir, virus ini berkeupayaan untuk memendekkan jangka hayat bateri telefon mudah alih.
Menerusi perkhidmatan MMS, virus ini akan disebarkan ke telefon mudah alih yang lain dengan cara menghantar mesej MMS berdasarkan nombor telefon yang terkandung didalam telefon mudah alih yang telah dijangkiti oleh virus berkenaan.
Virus ini dikatakan merbahaya kerana pada masa yang sama ia juga akan ‘mencari' telefon mudah alih yang lain yang sedang aktif sambungan Bluetoothnya untuk dijangkiti.
Virus ini mampu disebarkan dengan julat (range) yang lebih luas kerana ia akan sentiasa mencari mangsa yang lain untuk dijangkiti berdasarkan maklumat pengguna lain seperti nombor telefon yang terkandung didalam telefon berkenaan. Fail SIS yang mengandungi sumber virus berkenaan akan dipindahkan ke telefon yang seterusnya, setiap kali ia menjangkiti sistem operasi sesebuah telefon.
Mesej MMS yang membawa virus berkenaan mengandungi teks seperti berikut; OTMOP03KAM HET yang merupakan bahasa Rusia yang membawa maksud No to Braindeads.
Mekanisme replikasi virus ini dalam sambungan Bluetooth dikatakan berbeza dengan Cabir. Commwarrior dikatakan mampu untuk menjangkiti mana-mana telefon mudah alih yang mengaktifkan sambungan Bluetooth berdasarkan senarai nombor telefon yang terdapat didalam telefon mudah alih yang telah dijangkiti ketika berada dalam kawasan liputan Bluetooth sebaliknya Cabir hanya akan disebarkan jika terdapat telefon mudah alih yang mengaktifkan sambungan Bluetooh ketika berada dalam kawasan liputan Bluetooth. Berdasarkan mekanisme ini, virus berkenaan mampu disebarkan dengan kadar yang lebih pantas dan lebih meluas berbanding dengan Cabir.
Satu lagi perkara yang menakutkan pengguna ialah bil bayaran yang terpaksa ditanggung disebabkan mesej MMS yang dihantar ke pengguna lain tanpa disedari oleh pemilik telefon berkenaan. Ini semua terjadi setelah telefon berkenaan dijangkiti virus ini. 11. Menurut penyedia perkhdmatan anitivirus terkemuka dunia iaitu F-Secure, salah satu cara untuk menangani virus ini ialah dengan berwaspada terhadap setiap mesej MMS yang diterima dan tidak menginstal apa-apa aplikasi dalam bentuk MMS yang dirasakan agak mencurigakan. Selain daripada itu, pengguna juga dinasihatkan agar tidak mengaktifkan sambungan Bluetooth dan hanya menggunakannya jika diperlukan sahaja.

Kaedah yang paling baik untuk menangani serangan virus ini ialah dengan menginstal perisian antivirus kedalam telefon mudah alih. Perisian antivirus F-Secure misalnya, boleh dimuat turun di laman web rasmi mereka iaitu di http://mobile.f-secure.com.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home